SMK Seksyen 1, Bandar Kinrara

Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara atau nama ringkasnya SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara, merupakan sebuah Sekolah Menengah Kebangsaan Jenis Harian yang terletak di Bandar Kinrara, Puchong Selangor.

Pada 2009, Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 1 Bandar Kinrara terdiri daripada 613 pelajar lelaki dan 565 pelajar perempuan, menjadikan jumlah keseluruhan murid seramai 1178 orang. Sekolah ini terdiri daripada 74 orang guru. Pada tahun 2011-2014 sekolah ini telah diketuai oleh Tuan Haji Abdul Khany Bin Mohd Yusof sebagai Pengetua Sekolah yang kelima. Pada tahun 2014 SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diketuai oleh seorang pengetua yang mula bertugas pada Mei 2015, Puan Irene Voon Foong Len dan telah bertugas di sekolah ini selama 1 Tahun 5 bulan iaitu dari Mei 2014 sehingga Oktober 2015. Bermula November 2015 , SMK Seksyen 1 Bandar Kinrara telah diketuai oleh pengetua yang baharu iaitu Puan Salwani Binti Mohd Zain. Kini, Pada Jun 2016, sekolah ini terdiri daripada 56 orang guru, 10 orang anggota kumpulan sokongan dan 940 orang pelajar.

 

Info

Nama Sekolah SMK Seksyen 1, Bandar Kinrara
Kod Sekolah BEA8639
Alamat Jalan Kinrara 3, Bandar Kinrara, 47180 Puchong, Selangor
Tarikh Pengoperasian
Status Sedang diaktifkan