SMK Gelang Patah

Sekolah Menengah Kebangsaan Gelang Patah (SMKGP) ditubuhkan pada bulan Januari 1966 dengan menumpang tiga buah bangunan yang berasingan di ekolah Jenis Kebangsaan (C) Ming Terk. Mulai penggal ketiga persekolahan tahun 1969, sekolah ini berpindah ke bangunan sendiri yang ada sekarang. Pada waktu itu jumlah pelajarnya seramai 224 orang iaitu 184 orang pelajar aliran Melayu dan 40 orang pelajar aliran Inggeris. Pada tahun 2010, setelah berusia 44 tahun, SMKGP masih berdiri teguh dengan mempunyai 16 orang kakitangan bukan guru, 90 orang guru dan 1300 orang pelajar. Pada tahun 2016,sekolah ini menyambut ulangtahunnya ke-50.

 

Info

Nama Sekolah SMK Gelang Patah
Kod Sekolah JEE1004
Alamat Jalan Gelang Patah, Taman Nusa Perintis 2, 81550 Gelang Patah, Johor
Tarikh Pengoperasian
Status Menunggu Pengaktifan