SK Pasukan Polis Hutan

Sekolah Kebangsaan Pasukan Polis Hutan (SKPPH) merupakan sebuah sekolah rendah yang terletak 1.5 kilometer dari Kem PGA Ulu Kinta di negeri Perak, Malaysia. Pembinaan SKPPH ini bermula pada tahun 1967 dan siap untuk digunakan pada 6 Mei 1968. Ia dibina di atas tapak seluas lebih kurang 3 ekar yang diberi secara percuma oleh pihak Briged Utara Pasukan Polis Hutan, Ulu Kinta bagi menyediakan lokasi sekolah yang hampir dengan kem tersebut. Sekolah ini dibina bersebelahan dengan Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Kinta.

 

Info

Nama Sekolah SK Pasukan Polis Hutan
Kod Sekolah ABA2039
Alamat 31150 Ulu Kinta, Ipoh, Perak
Tarikh Pengoperasian
Status Menunggu Pengaktifan