KPM umum cuti tambahan tiga hari sempena Aidilfitri 2024

Bersempena cuti perayaan Aidilfitri 2024 yang akan disambut 10 dan 11 April ini, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memperuntukkan cuti tambahan selama tiga hari kepada sekolah di Malaysia mengikut kategori kumpulan masing-masing.


Bagi Kumpulan A, ia membabitkan sekolah di negeri Johor, Terengganu, Kelantan dan Kedah.


Manakala Kumpulan B pula ialah sekolah di negeri Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Perak, Perlis, Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Labuan dan Wilayah Persekutuan Putrajaya.


Dikongsikan cuti tambahan sempena Hari Raya Aidilfitri yang dikeluarkan KPM seperti ketetapan berikut:


1) Tarikh cuti perayaan (Hari Raya Aidilfitri 2024)

  • 10 April 2024 (Rabu) dan 11 April 2024 (Khamis)
  • 2) Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan KPM (Kumpulan A)
  • 7 April 2024 (Ahad), 8 April 2024 (Isnin) dan 9 April 2024 (Selasa)
  • 3) Tambahan cuti perayaan yang diperuntukkan KPM (Kumpulan B)
  • 8 April 2024 (Isnin), 9 April 2024 (Selasa) dan 12 April 2024 (Jumaat)
  • 4) Catatan
  • Tiga hari cuti tambahan KPM untuk Kumpulan A dan Kumpulan B

  • sumber:- https://sinarbestari.sinarharian.com.my/buletin/kpm-umum-cuti-tambahan-tiga-hari-sempena-aidilfitri-2024